Senarai Blog Saya

Jumlah Kunjungan

dreamweaver stats

Terma dan Syarat Untuk Tempahan dan pembelian

Bagi Pembelian Barang siap
untuk barangan yang sedia ada dan boleh terus dibeli pembeli seharusnya membuat bayaran terlebih dahulu. Dan pihak kemi akan memastikan bayaran ada di dalam akaun kami dan apabila ianya sah ada pihak kami akan menghantar pesanan dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Setiap perkhidmatan Pos dikenekan bayaran sebanyak RM8.00

Bagi Pembelian Secara tempahan

untuk pembelian secara tempahan pula dikenekan bayaran pendahuluan sebanyak RM50-00 dan bayaran penuh untuk semua tempahan haruslah dibayar sebelum tempahan dihantar.
bagi tempahan yang melebihi jumlah RM150-00 pendahuluan dikenekan sebanyak RM100-00..
Setiap perkhidmatan Pos dikenakan bayaran sebanyak RM8.00

SEGALA BAYARAN BOLEH DIBUAT DI:

Maybank Akaun No : 101030013678 :
Nor Hairana Binti Rahamat

setelah bayaran dilakukan sila sms ke No 019-7997015:

nama:
alamat:
code item:

(sebagai simpanan dan proses penghantaran)


Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

About Me

Foto saya
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Salam semua, selamat datang ke Blog Cerita.. Bonda Iris. Disini Bonda Iris ingin menceritakan tentang anak2, perkhidmatan Bonda Iris jalankan dan sebagainya.. Diharap para pengungung sudi melihat Blog Bonda Iris ni. :-)

Hari Ini

Daisypath Anniversary (T8uB)

Waktu Solat

yahoo messenger

Mari Chat


RSS

Pages


Salah siapa mak @ ayah @ pelajar itu sendiri

Petikan ini di ambik dari harian metro ahad.. Dimana anak2 dikatakan kesekolah setiap hari tetap ibu bapa dapat panggilan yang anak2 tak kesekolah kemanakan mereka pergi.. Disini Bonda ada sertakan coretan akhbar yang anak2 berada di pusat komputer CC.. Anak2 yang diharapkan rupanya menindah ibu bapa dibelakang. Wang saku yang di bekalkan di bawak buat bayaran ke CC.. marilah kita sama2 baca dan fikirkan bagaimana jalan yang terbaik untuk di lakukan kepada anak2 ini..



gambar anak yang masih berpakaian sekolah ... hai apa nak jd..



Seorang pelajar masih berpakaian sekolah yang asyik ‘berperang’ di permainan dalam talian, tergamam apabila perbuatannya disaksikan pegawai khas Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri (KKTP) yang mengikuti operasi di beberapa kafe siber di Bandar Kim Fung Batu Empat, di sini, kelmarin.

Dalam operasi jam 10 pagi itu, pelajar berkenaan dipercayai gagal melarikan diri sebaik premis berkenaan diserbu.


Ketua Unit Tindakan dan Pemeriksaan Khas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Kassim Selamat, berkata beberapa pengunjung termasuk pelajar sekolah bertempiaran lari sebaik melihat kelibat penguat kuasa MPS memasuki premis berkenaan.

“Ketika serbuan, keadaan kecoh seketika apabila sebahagian pekerja premis enggan bekerjasama sehingga mencetuskan pertengkaran.


“Operasi diadakan bersama pegawai khas KKTP bagi mengenal pasti premis yang menyalahgunakan lesen perniagaan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.


Kassim berkata, selain kafe siber itu, pihaknya melakukan serbuan ke atas sebuah lagi kafe siber yang menawarkan permainan judi haram dan refleksologi.

“Premis ini hanya memohon 10 bilik untuk tujuan membuka kafe siber, namun ketika serbuan dijalankan, lebih 10 bilik tambahan diwujudkan untuk refleksologi dan perjudian haram.


“Difahamkan, aktiviti ini dijalankan sejak sekian lama dengan berselindung di sebalik nama kafe siber,” katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan