Senarai Blog Saya

Jumlah Kunjungan

dreamweaver stats

Terma dan Syarat Untuk Tempahan dan pembelian

Bagi Pembelian Barang siap
untuk barangan yang sedia ada dan boleh terus dibeli pembeli seharusnya membuat bayaran terlebih dahulu. Dan pihak kemi akan memastikan bayaran ada di dalam akaun kami dan apabila ianya sah ada pihak kami akan menghantar pesanan dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Setiap perkhidmatan Pos dikenekan bayaran sebanyak RM8.00

Bagi Pembelian Secara tempahan

untuk pembelian secara tempahan pula dikenekan bayaran pendahuluan sebanyak RM50-00 dan bayaran penuh untuk semua tempahan haruslah dibayar sebelum tempahan dihantar.
bagi tempahan yang melebihi jumlah RM150-00 pendahuluan dikenekan sebanyak RM100-00..
Setiap perkhidmatan Pos dikenakan bayaran sebanyak RM8.00

SEGALA BAYARAN BOLEH DIBUAT DI:

Maybank Akaun No : 101030013678 :
Nor Hairana Binti Rahamat

setelah bayaran dilakukan sila sms ke No 019-7997015:

nama:
alamat:
code item:

(sebagai simpanan dan proses penghantaran)


Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

About Me

Foto saya
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Salam semua, selamat datang ke Blog Cerita.. Bonda Iris. Disini Bonda Iris ingin menceritakan tentang anak2, perkhidmatan Bonda Iris jalankan dan sebagainya.. Diharap para pengungung sudi melihat Blog Bonda Iris ni. :-)

Hari Ini

Daisypath Anniversary (T8uB)

Waktu Solat

yahoo messenger

Mari Chat


RSS

Pages


Hiasan Kereta

Assalamualikum semua...

Hari ni bonda iris nak cerita sedikit tentang tempahan yang dibuat oleh kawan-kawan hakim adik bungsu bonda iris.. Buat pengetahuan semua adik bonda iris ni rajin menjual apa saja yang boleh mendatangkan duit untuk perbelanjaan dia..

Satu hari adik ni bawaklah hiasan kereta yang telah bonda siapkan untuk dijual. Tak sangka budak-budak sekolah ni rajin juga nak beli hiasan kereta yang telah bonda siapkan dengan menggunakan reben.. siap ada yang tempah lagi.. wah seronok waktu tu si adik bilak ramai kawan-kawan yang tempah.. dapatlah dia kumpul duit untuk rombongan sekolah ke Pulau Pinang..

Ni adalah antara hasil yang telah bonda iris siapkan untuk tempahan kekawan adik..


antara tempahan yang telah siap di pcking untuk dihantar kepada tuan empunya

code item : BI 004

code item : BI 005

code item : BI 006
bentuk : daimen
jenis kain : baldu
harga seunit : RM6.00

(sedia untuk tempahan)

Untuk pengetahun semua warna dan tema adalah pilihan si penempah.. mungkin nak kenekan dengan warna kereta ayah dan ibu mereka. seronok tengok budak-budak bila dapat tempahan yang diminta...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maulidur Rasul

Assalamualikum semua ... esok merupakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. Disini marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W agak kita lebih dekat dengannya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Marilah kita hayati sirah perjuangan Rasulullah S.A.W dan mencontohi Baginda..

Tanggal 570 Masihi... Tahun Gajah, Lahirlah sebutir permata bersinar di bumi Mekkah..
Muhammad Bin Abdullah diberi nama... Disusukan oleh keluarga Sa'ad..Dibelah dadanya dan dusucikan hatinya..Terhindar dari segala penodaan nama...Al-Ammin....Penerima Wahyu... dihadapi tabah...Dibantu para sahabat, mendukung panji-panji... Abu Bakar Al-Siddiq..Saiyidina Umar Al-Khattab..Saiyidina USMAN Al-Affan..Saiyidina Ali Abu Talib..Pelbagai peria dihadapi tabah...Wahyu-wahyu pengubat rindu kepadanya..Jihat dan dakwah menjadi tujuan..Cinta terhadapNya dan umat penggerak segalanya...
Hasil ketabahan Baginda...Kerajaan Islam bertapak.. bermula di Madinah di Mekkah..
Khulafah Al-Rasyidin ..Umayyah..Abbassiyah..Uthmaniyyah..

Suati Hari...
Serombongan kafilah menghampiri kota Mekkah..Dilihat Baginda.. Baginda ke pintu kota, menunggu mereka..Tapi mereka tida ke kota...Baginda mendekati mereka.. berjumpa ketua rombongan..Baginda meminta diizinkkan bersama-sama menyertai mereka kemudian..Baginda mula menyebarkan cahaya kebenaran..setelah setiap dari mereka diperdengarkan perihal islam... Baginda meminta izin pulang...Baginda hanya inginkan kalimah "laailahaillahllah" itu dimiliki oleh setia orang agar terlepas dari azab yang pedih....Bukti kasih sayang Rasulullah S.A.W terhadap umat manusia..

Akan tetapi sirah dan kasih sayangnya.. semangkin dilupakkan semakin jauh dari al-quran, semangkin jauh dari as-sunnah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sambutan Hari Lahir Iris

Kek Hari Jadi Iris

Assalamualikum semua...

Sebelum tu Bonda iris nak ucapkan selamat ulang tahun hari kelahiran buat anak sulung Bonda iris iaitu Nurul Iris Najwa Binti Nasaruddin yang ke 2 tahun. seperti yang pernah Bonda nyatakan hari lahir iris jatuh pada 30hb 1 pada hari ahad.. tapi tak dapat nak sambut sebab Bonda terpaksa memenuhi impian seseorang. Maka dengan ini majlis hari jadi iris telah diadakan pada hari khamis 3hb 2 lepas..

Sambutan yang cukup meriah.. maklumlah semua balik kampung menyambut tahun baru cina.. jadi alang-alang Bonda jemput semua ahli keluarga memeriahkan majlis termasuk jiran-jiran terdekat..

Bonda bersama-sama mak dan adik-adik dari pagi menyiapkan juadah yang istimewa buat majlis iris ni.. antara menu yang telah dihidangkan ialah

pizza hasil tangan ammi.. sedap hidangan yang pertama habis..

soto dan mee hoon soto ni emak yang buat..


yang ni ada roti jala bonda buat, mee goreng mak masak, sambal telur puyuh, kari ayam, dan naget kegemaran iris..


iris tak nak potong kek sebab nak main saje..


nangis x nk potong kek

ala lupa pulak bonda nak ambil gambar hadia yang abah dan bonda hadiahkan kepada iris.. nanti ada masa bonda ambik gambar dan update dalam blog ruangan ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kusyen

Assalamualaikum... semua.


Ni 1 lagi cerita tentang Kusyen Sulam Reben yang telah Binda iris siapkan baru-baru ni.. hasilnya agak memuaskan hati Bonda iris lah.. Bonda iris siapkan kusyen terbaru ni adalah untuk dijual kepada sesiapa yang
berminat..


Pandangan dari dua kunyen

Pandangan dari atas

Pandangan lebih jelas

Pandangan keseluruhan

detail untuk design ini

code item : BI 003
saiz : 16" x 16"
price : RM80.00
(setiap set berserta dengan kusyen sekali)
sedia untuk tempahan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mandi Manda

Selamat petang... petang ni Bonda iris nak cerita sedikit.. cerita tentang Bonda iris bersama-sama suami dan anak-anak pergi mandi manda.. sebenarnya tak plan pun nak pegi mandi manda.. masa tu nak hantar adik balik asrama di kluang johor.. sebaik sahaja sampai suami Bonda iris ajak Bonda iris mandi manda di Taman rekeriasi Gunung Lambak di Kluang..

Sebenarnya Bonda Iris tak pernah pergi ke sana.. so Bonda iris pun ikut jelah .. sampai saja disana perjalanan nak menuju ke kawasan air terjun jauh mendaki Al maklumlah Bonda Iris dan anak-anak tak larat n
ak mendaki so ajak jelah anak-anak mandi di bawah sahaja.. mujurlah ada kawasan air terjun yang cetek dan jernih airnya, tapi Bonda iris dan suami tak boleh lah mandi. anak-anak saja jelah yang mandi manda..

iris dan iskandar dalam air


iskandar kecil lagi so a
bah kene pegang

iris terjatuh dalam air

seronok sanggat anak-anak masa mandi manda ni.. iris kesejukkan bila masuk dalam air bergitu juga iskandar.. masing-masing sebuk main air.. habis baju Bonda iris dan abah basah akibat di sembah air dengan iris.. sekali sekala keluar bersama-sama ahli keluarga tersayang..

iskandar sebuk nak capai daun dalam air


sejuknya air...


syoknya mandi.....

iris dan iskandar ada masa nanti kita pi mandi manda di kota tingga pula.. pasti seronok.. buat masa ni rasanya kurang selesa sebab musim hujan dan banjir.. so nanti ada masa lapang ibu dan abah bawa pula..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sulam Reben Tempahan Kawan Baik ku

Hai semua... hari ni Bonda Iris nk cerita tentang tempahan yang pertama Bonda iris terima. Tempahan tu dibuat oleh kawan baik Bonda iris. Untuk pengetahuan kekawan semua tempahan ini di buat mengikut cita rasa cik irin kita tuan punya tempahan tu. Cik irin kita ni memiliki kereta berwarna kuning jadi dia meminta Bonda iris 1 set kusyen untuk diletakkan di belakang kereta sebagai hiasan.. warna dan corak juga dipilih oleh cik irin.. Untuk pengetahuan semua kain yang telah dipilih adalah berwarna hitam, bunga berwarna kuning keemasaan dan daun berwarna kelabu.. Mula-mula Bonda iris rasa macam tak kene je.. tapi bila Bonda iris lakar pada komputer serta letakkan warna yang diminta.. rupa-rupanya cantik juga kombinasi warna yang dipilih.. Bonda iris terus print lakaran yang diminta sebagai panduan semasa menyulam nanti.. Mujurlah senang saja lakaran yang dipilih oleh cik iris kita tu.. jadi taklah lama sangan Bonda iris nak menyiapkannya.. dalam masa 3 hari Bonda iris siap menyulammnya.. Sebelum sempat Bonda iris nak jadikkan kain yang telah siap di sulam Bonda dapat satu panggilan dari cik irin mengatakan bahawa cik irin nak letakkan nama dia di tengah-tengah gubahan sulam reben tu.. nasib baik tak jahit lagi. Bonda pun ambil benang sulam lalu melakar nama irin di tengah-tengah gubahan sulam berkenaan..


ni setelah siap dijadikan kusyen
saiz 16' x 16'
jenis kain baldu


setelah siap semuannya Bonda iris pun jahitlah kain tu jadikan kusyen seperti gambar diatas ni.. sebagai kenangan yang Bonda iris hasilkan dan untuk dijadikkan contoh sekiranya penggunjung Blog ni nak tempah.. tempahan ni bonda iris hantar sendiri kepada tuan punya.. sebab kebetulan bonda iris ada jemputan kahwin anak sedara hasband bonda iris di johor bahru..

pandangan yang lebih jelas


pandangan di atas sofa..(gambar ni tak berapa ok)

detail untuk design ini

code item : BI 002
saiz : 16" x 16"
price : RM80.00
material : kain jenis baldu, reben jenis kilat
sedia untuk tempahan
setiap set berserta dengan kusyen sekali

Bonda iris harap cik irin cuka akan hasil yang telah Bonda iris siapkan ni.. dan sudi-sudilah mempromosikkan kepada kekawan kita di Johor Bahru nanti..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Pertunangan Sepupu

Salam semua... hari ni Bonda nak cerita sedikit tentang majlis pertunangan sepupu Bonda Iris iaitu Nurul Asikin yang telah berlangsung pada 30hb Januari 2011 pada hari ahad sama dengan ulang tahun anak Bonda Iris yang sulung iaitu Nurul Iris Najwa yang ke 2 tahun..


Majlis tu telah berlangsung di teratap Mak Ngah B
onda Iris di Bukit Jelutong Shah Alam. Majlis yang ringkas tetapi meriah.. Di Majlis tu Bonda Iris telah diamanahkan oleh sikin untuk mengubah penampilannya bak kata orang-orang lah Bonda Iris diminta menyolek Sikin.. Semasa pertunangan kakak Sikin pun Bonda Iris yang solek.. Ala Bonda Iris ni baru-baru saja nk belajar cara-cara solek ni. Banyak yang bonda iris belajar dari kawan Bonda iris iaitu Abang z dan juga ana.. Mereka berdua ni Mak andam tetap..

ni baru permulaan nk conteng muka cik sikin kita


ni hampir siap cik sikin di dandan


nilah hasil selepas selesai di m
ake over hehehehe

Hehehe macam mana ok tak Bonda iris make over sepupu Bonda iris ni.. semua sanak saudara datang memeriahkan majlis pertunangan sikin yang datang dari johor pun ada hehehe sape lagi kalau bukan Bonda Iris sekeluarga d
an juga atuk di kampung..

ni gambar sebaik sahaja sikin bergelar tunangan orang

cantik san
gat... :-)

bersama tunang tersayang sebagai kenangan pertunangan

Disini Bonda iris ucapkan selamat bertunang buat sikin dan tunang semoga dapat menempuh alam pertunangan dengan hati yang sabar dan kuat.. Banyak rintangan dan dugaan semasa di alam pertunangan ni.. Apa-apa semoga bahagia dari Bonda iris dan keluarga..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS