Senarai Blog Saya

Jumlah Kunjungan

dreamweaver stats

Terma dan Syarat Untuk Tempahan dan pembelian

Bagi Pembelian Barang siap
untuk barangan yang sedia ada dan boleh terus dibeli pembeli seharusnya membuat bayaran terlebih dahulu. Dan pihak kemi akan memastikan bayaran ada di dalam akaun kami dan apabila ianya sah ada pihak kami akan menghantar pesanan dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Setiap perkhidmatan Pos dikenekan bayaran sebanyak RM8.00

Bagi Pembelian Secara tempahan

untuk pembelian secara tempahan pula dikenekan bayaran pendahuluan sebanyak RM50-00 dan bayaran penuh untuk semua tempahan haruslah dibayar sebelum tempahan dihantar.
bagi tempahan yang melebihi jumlah RM150-00 pendahuluan dikenekan sebanyak RM100-00..
Setiap perkhidmatan Pos dikenakan bayaran sebanyak RM8.00

SEGALA BAYARAN BOLEH DIBUAT DI:

Maybank Akaun No : 101030013678 :
Nor Hairana Binti Rahamat

setelah bayaran dilakukan sila sms ke No 019-7997015:

nama:
alamat:
code item:

(sebagai simpanan dan proses penghantaran)


Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

About Me

Foto saya
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Salam semua, selamat datang ke Blog Cerita.. Bonda Iris. Disini Bonda Iris ingin menceritakan tentang anak2, perkhidmatan Bonda Iris jalankan dan sebagainya.. Diharap para pengungung sudi melihat Blog Bonda Iris ni. :-)

Hari Ini

Daisypath Anniversary (T8uB)

Waktu Solat

yahoo messenger

Mari Chat


RSS

Pages


Guna alamat palsu...

Ni kisah dimana seorang yang tidak bertanggungjawab menipu pihak bank untuk membuat pinjaman. Bonda terfikir kan pinjaman tu adalah duit simpanan rakyat melaysia.. Tak ke mereka ini berasa bersalah di atas perbuatan yang dilakukan. Inilah mereka yang mencara jalan senang untuk memperolehi wang tanpa memikirkan perasaan orang lain.. Ada banyak lagi berita-berita sensasi yang ada di harian metro ahad ini.. Beli dan bacalah kandungannya... Bonda suka baca akhbar keluaran Metro.. hehehhe

KUALA TERENGGANU: Individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan membabitkan kerugian RM200 juta, Harun Mat Saat, 45, dipercayai menggunakan alamat palsu bagi mengelak diburu pihak berkuasa ketika menjalankan kegiatan.

Malah, lelaki menggelarkan dirinya ‘Datuk’ yang juga perancang utama dalam menjalankan kegiatan berkenaan bersama empat rakan, termasuk dua yang masih menjadi buruan polis itu, dikatakan tidak pernah menetap di alamat 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, di sini sebagaimana dimaklumkan BNM kepada akhbar ini sebagai alamat terakhir lelaki terbabit.


Tinjauan Metro Ahad ke kawasan berkenaan mendapati alamat terbabit tidak wujud di tiga perumahan kos rendah di situ yang dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Rumah Murah Kos Rendah, Rumah Murah Nelayan dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng yang dibina secara berperingkat bermula sejak 1969.

Malah, tinjauan dibuat di kawasan Rumah Murah Kos Rendah mendapati tiada rumah bernombor 70 di kawasan itu, sebaliknya perumahan di situ menggunakan nombor tiga angka.


Penduduk, Mohamad Abdullah, 60, berkata, dia tak pernah mengenali lelaki itu atau mendengar nama syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.


“Sejak tinggal di sini pada 1979, saya tidak pernah melihat atau mengenali lelaki ini (Harun) dan percaya dia orang luar yang menggunakan alamat berkenaan untuk mengelirukan pihak berkuasa,” katanya yang yakin lelaki terbabit menggunakan alamat palsu.

Dia berkata, sebelum ini jirannya pernah didatangi anggota polis yang bertanyakan mengenai alamat rumah terbabit tahun lalu dan percaya ia bertujuan mengesan jejak lelaki terbabit.


Pemandu bot penambang, Zakaria Ibrahim, 65, berkata, dia juga percaya lelaki terbabit menggunakan alamat palsu kerana sepanjang tinggal di kawasan itu, dia tidak pernah mengenali lelaki itu.

“Saya tinggal di sini sejak 1975 dan tidak pernah mendengar ada orang bercerita mengenai lelaki terbabit atau kegiatan penipuan membabitkan skim cepat kaya di kawasan perumahan ini,” katanya yang menetap di kawasan Rumah Murah Nelayan, terletak kira-kira 500 meter dari Rumah Murah Kos Rendah dan Rumah Teres Kos Rendah Telaga Daeng, di sini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan